Saturday, July 18, 2009

saya tidak suka............


Baru2 ini saya telah terlibat dlm satu lg kes disiplin .......pergi ke cc(cyber cafe) dan ia menyebabkan berlakunya perkara yg saya tidak suka..........ini bukan satu kritikan.....ia adalah luahan........
-saya tidak suka difitnah..........gara2 saya terlibat dlm satu kes saya telah difitnh melkukan satu kesalahan yg teramat besar........memalukan .........menyedihkan.........sya mengaku saya pergi ke cc tp mengapa mesti menuduh saya.............inikah contoh yg wajar ditunjukkan oleh seorang yg beragama.......Masyaallah........saya tidak sangka saya akan dituduh begini........saya mengaku mungkin saya berkali2 solat tidak berjemaah, mungkin hafalan saya rendah.....tetapi adakah dengan menuduh saya sewenang-wenangnya dapt mengubah perangai buruk saya...... memang betul..... perangai saya agak buruk..... tetapi saya tidak memerlukan fitnah untuk sebagai alat untuk memperbaikinya........... saya memerlukan dorongan bukan........... tuduhan.....

-saya tidak suka ditipu.................. "saya tidak akan memperbesarkan kes ini"..."saya akan jaga betul2" begitu yakin kata-kata seorang hamba Allah. mengapa mesti bercakap sedemikian rupa..... tidak perlu........... beromong kosong seperti itu.......... saya tidak akan marah jika dia berkata "kes ini akan dibawa kepada mudir....." kerana saya tahu ..... itu salah saya........
x perlu memberi keyakinan yang hanya untuk diragui..


p\s: bukan mengkritik ...menghina...ia juga bukan tomahan..........ini adalah luahan..... ini hak saya untuk menulis............... bukan tidak hormat muallim yg mengajar saya........... saya berkata begini kerana pepatah juga ada mengatakan ' jika guru kencing berdiri , anak murid kencing berlari'.... jika guru memfitnah saya.... saya nk buat ape?????

tulisan ini mungkin akan menyebabkan saya menjadi bahan ejekan di sekolah ...... tp saya tidak kira............... ini hak saya!!!!!


emotional la pulak!....... : saje jerrr lepas stress

Sunday, March 15, 2009

akhirnnya.....




kerisauan selama ini telah terjawab..........akhirnya aku telah berjaya naik tingkatan yoohoo!!!!

doa ku akhirnya ditunaikan pastinya aku akan lebih bersungguh lagi!!!!

Friday, February 6, 2009

catatan 1 2009(jihad)

sudah lama ku tidak mengepost apa2 entry didlm blog ini..ini kerana aku telah diejek olh teman2 yg slalunye x puas hati org len melebihinye.. katanya entry aku slalu menghina sekolah ..bukan niatku untuk menghina sekolah tapi untuk meluahkan apa yg terkandung di dlam jiwa pernah ku katakan ku luah melalui pena kerna ku x biasa luah dgn kata2...(ttubik kok indon plok malu aku)

saat bumi gaza dilanda bom ,roket dan bedilan2 kencang aku juga dilanda kesusahan kerna ku x abis sukatan..saat para mujahidin keluar berjihad mempertahankan tanah air tercinta aku juga berjihad habis-habisan melonjakkan hafazan supaya dptku naik tingkatan...saat para mujahidin gugur syahid .......aku juga gugur kerna ku x terdaya habiskan sukatan dan berkemungkinan ku x dpt ambik pmr taun ni isk...isk.

doakan ku agar dapat naik tingkatan taun ni.................

Tuesday, September 30, 2008

barakahnya ramadhan


Tidak ada apa yang ingin dititipkan setelah lama tidak mengeblog ,saya hanya ingin mencoret sedikit puisi di sini ,ramadhan telah kembali ,kini ia pergi lagi,syawal pula menanti:


Bulan ramadhan yang barakah kau kembali,

Ku mengucap syukur ke hadrat Illahi,

Dapat ku bersua dengan Ramadhan kali ini,

Tersedu aku mengingat kisah lampau kembali.

Pada bulan ramadhan lah aku banyak menangis.

Sujud menangis di sejadahku,

Minta diampun segala dosa-dosaku yang lalu,

Moga-moga terampun juga dosa-dosaku

Pada bulan ramadhan ini ku menangis

Menangsi teringat kan yang telah tiada,

Dengan al-fatihah kusedekahkan pada mereka,

Moga-moga berbahagia mereka di sisiNYA.

Pada ramadhan yang mulia ini,

Ku menanti malam yang dinanti-nanti,

Lailatul Qadar yang penuh erti,

Tidak akan ku sia-siakan peluang sebegini.

Bila ku sedar lailatul Qadar kunjung tiba,

Tahu lah aku ramadhan akan pergi,

kepadaMU ku menadah tangan berdoa,

semoga dapat ku berjumpa ramadhan kembali.



Ramadhan kali ini aku lalui dengan bahagia,gembira dan seronok sekali tapi adakah bermakna kesoronokan ramadhan ini jika aku menghabiskan ramadhan ini tanpa rahmat,keampunan dan lailatul qadar daripada allah.sia-sialah nampaknya puasaku kali ini jika aku hanya tahu berfoya-foya dengan baju baru,kopiah baru,selipar baru tapi nikmatnya yang sebenar tidak ku syukuri...........................

Saturday, July 19, 2008

keracunan makanan

Gembira aku kerana kantin di bustanul telah disita kerana telah menyebabkan keracunan
makanan.ha!ha!tiada lagi muka mak cik chipsmore, kami menggelarnya chipsmore kerana mukanya yang banyak tahi lalat ,mak cik ini juga kedekut dan penyibuk.Seksa juga kerana kerana payah untuk mendapatkan makanan.terima kasih juga kepada kantin, kerana kecuaian kamu kami mendapat cuti selama 10 hari. benci juga aku kerana kantin ini hanya disita selama 2minggu, lebih baik ditukar terus kepada tender lain yang baik hati.untuk pengetahuan kantin ini hanya menyediakan ayam hanya 3 kali semiggu .selalunya hanya ikan keras seperti batu disediakan.kalau daging pun liat seperti tayar lori.. jadi kami amat gembira jika pihak sekolah menukar tender kantin kepada tender yang lain[mestilah tender kantin yang berwawasan]

Sunday, July 13, 2008

DIBOTAKKAN LAGI...............

Sekali lagi aku dibotakkan kerana telah membuat satu kesalahan yang kuanggap kecil......... aku sekali lagi telah keluar drpd sekolah ke sebuah kedai yang tak sampai 20 langkah dari bustanul arifin bak kata pepatah "kalu ketut sini, deknu pun bau jugok".aku keluar pada hari isnin,di mana pelajar di bustanul ini wajib membuat amalan sunat puasa.hari itu aku mengalami gastrik yang teramat.kerana itu aku keluar untuk membeli makanan.namun aku kecewa kerana pihak sekolah tidak mengendahkan alasan yang ku beri.namun aku bersyukur ramai pelajar yang dibotakkan termasuk ketua dan penolong pengawas.aku merasakan pihak sekolah tidak wajar untuk mengambil tindakan sebegini.bayangkan rambut kami yang macam-macam style seperti sasuke,goku ,gohan, trunks itu dibotakkan.malah budak paling hensem di sekolah kami yang rambutnya seperti sasuke itu juga dibotakkan.dia menangis terbahak-bahak kerana dia telah menyimpang rambut seperti itu melebihi 1 tahun.Jadi ''berdisiplinlah kalau nak hensem''

Sunday, June 8, 2008

Mudir yang dedikasi

Hari ini ramai pelajar yang merusuh kerana tiba2 sahaja dorm perlu dibubarkan.yang menangis pun ada."ustaz dorm kami dah habis beratus ringgit buat keceriaan","ustaz dorm kami dah habis RM 700 tempah jersey dorm, jersey pun tak siap lagi",itu adalah antara rintihan pelajar.jawapan ustaz ,"siapa suruh buat".kejam bunyinya.tapi itulah hakikat.sehinggalah mudir memberi penjelasan."pok2 awok ni pehe ko dok bakpo ustak nok bubar dorm ni? " . '' doookkk'' pastu mudir pun wi pnjelase."pehe doh ko?".pelajar''peheee".''pahtu awok nok ikut ko tok se?” ".tok seee"."jadi baiklah awok pernah dengar dok cerita nabi musa dan nabi khidir bagaimana nabi musa berusaha ingin berguru dengan nabi khidir,ceritonyo bermula apabila nabi khidir memberi syarat jangan bertanya dan bersabar sepanjang perjalanannya jika ingin berguru dengannya.apabila berjumpa dengan seorang pemuda nabi khidir pun membunuh pemuda tersebut . lalu nabimusa pun berkata''patutkah engkau membunuh jiwa yang tidak berdosa ini,ini adalah perbuatan yang mungkar''.''bukankah telah kukatakan engkau tidak akan bersabar bersamaku'',kata nabi khidir.lalu ke2 2nya menaiki sebuah perahu,nabi khidir membocorkan perahu itu.berkata pula nabi musa''kenapa engkau membocorkan kapal itu,ia boleh menenggelamkan penumpang2 tersebut''.'' sesungguhnya kau tidak akan bersabar denganku''.dan nabi musa pun berjanji akan lebih bersabar.maka mereka berjalan lagi sehingga sampai di sebuah bandar,mereka meminta makanan drpd penduduk d situ tetapi ………………….nampaknya ia akan bersambung pada cuti hadapan kerana profiz dah nak balik ke asrama ni

Template by:
Free Blog Templates